AmazingCounters.com

Wednesday 8 October 2014

Aidil Adha Di Perantauan

Assalamualaikum.

Nampak macam gempak je tajuk tu , Padahal beraya kat sabah je wehhh bukannya jauh sangat pun macam orang lain yang study kat London ke UK ke whatever. huhu. Orite, yang ni la kali pertama aku beraya tanpa keluarga disisi, tapi aku tetap ada keluarga, keluarga Kent. Kali ni nak cerita sikit macam mana pengalaman first time beraya di tempat orang. Hurrmm kalau raya puasa jangan harap la aku nak beraya kat sini, alamatnya boleh basah la langsir bilik aku ni lap air mata punya pasal.

                                                Buat penat je iron baju pakai cantik2,
                                                petang tu pakai baju buruk jugak

Errr hujan lebat di pagi raya menambahkan lagi kesyahduan. Lepas solat raya, makan makan kejap, pastu terus menapak ke rumah kak wan untuk pergi makan lagi. haahaha. makan makan makan. tu je yang mampu cakap bila berada di rumah kak wan.

                                             Menjamu gambar di rumah kak wan

Lepas pergi rumah kak wan pergi rumah ustaz zaki pulak makan laksa. haha. makan je entry kali ni takde benda lain selain makan!


                                    Gambar ni memang original, bukan buat-buat rajin tau

Haaa bukan makan je oke! kitorang pun ade buat kerja jugak tau. Gamba tu kat surau kampung Bundung. Surau ni sangat "bersih" erkkk!! hahaha. geram nak bersihkan tapi bahan pulak takde *mak mertua ,sila baca ni.

               Harap bakal mak mertua tengok gambar ni. Mungkin dapat markah lebih sikit.

The next day. pergi rumah cikgu Lupian pulok. Cikgu Lupian ni tak ajar aku ape2 pun, tapi disebabkan orang kampung, dia ajak aku. huhu


                                        Huda , kenalan baru. hahaha

Tarrrraaaa terjumpa anak cikgu zainuddin kat rumah cikgu lupian. Kitorang semangat ajak si Huda ni bergamba sebab nak masukkan dalam Blog punya pasal. haha. sebab cikgu Zaainuddin yang suruh kitorang buat belong ni. Tu pasal nak bagi Cikgu Zainuddin terharu sikit tu. huhu.

Okelah, kita dah penat menaip. lain kali kite cerita pasal benda lain pulak okke? babai





                                           

Tuesday 23 September 2014

Melawat Jiran KmPh

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita pasal Gambang Waterpark.  Gambang waterpark ni sebelah je dengan matrik pahang, menapak 5 langkah dah sampai. (nampak beno nipu). tapi aku pernah sekali je pergi, tak macam member aku sorang tu hampir tiap minggu pergi entah apa yg best sgt tu. Btw, even gambang waterpark ni kecil, tp kalau korang pergi sangat berbaloi. permainan dia pun not bad juga la sesuai dgn harga.

Masa aku pergi gambang waterpark ni, kitorang ade dapat kupon less. sebab tu nak pegi, kalau tak memang fikir banayk kali jugak la kan. lagipun masa ni kitorang baru lepas dapat elaun. so? jommmm...




Yang ni dipanggil apa tah nama aku pun tak pasti. tapi memang perrgggghhhh best. Can try on your own risk.



                                                                         Coco Beach
Orait, yang pula dipanggil coco beach. coco beach ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. (nenek korang pun boleh main) sebab coco beach ni ala-ala macam pantai buatan. korang nampak tak air pancut yang besar tu? haha. lecturer math aku madam sonita selalu pesan kalau korang nak pandai matematik sila pergi mandi kat bawah air pancut tu. hmmm disebabkan cikgu dan pesan macam tu aku pun apa lagi, semangat gila nak pergi berebut dengan kawan nak duduk bawah air pancut tu. Hasilnyaaaa....... taraaaaaaa aku jawab semua soalan math yang dibagi, and the result is markah aku lebih kurang sama je dengan markah orang yang tak jawab langsung. haha. tulaa lain kali pergi percaya lagi benda yang karut marut kerut kerut. 





Yang ni dipanggil 6 lane racer (tikar terbng) . kalau korang ada adik yang nak feeling feeling macam superman tu boleh la bawak diorang main ni. mula2 rasa takut jugak nak naik sebab pergghhh cerun bak hang kata orang penang.Tapi bila dah naik,, wuuu rasa nak lagi. Tapi amaran kepada sesiapa yang ada sakit jantung ke jantung berlubang ke jantung terkoyak ke, please jangan try this kalau taknak bini korang jadi janda oke?.

                                                   haa. yang ni gamba bila dah nak balik.


kitorang petang tu baru nak balik, uhuuu penat gilaa yaww. Balik tu kena berenang lagi. berenang kuak bebas kat katil sendiri. hahaha . Btw Gambang waterpark ni memang tempat yang best lah. harga pun okey. sesuai sangat kalau nak buat family day ke ape ke kan. haha.
Okey lah. tu saja nak cerita.

babai.

Trip to Pulau Pangkor

Assalamualaikum . 

Hai hai hai. Pulau Pangkor tu cantik ke? kat mane? Ko penah pegi?  Secara jujurnya, aku sebagai anak jati negeri Perak darul Ridzuan ni memang tak pernah menjejakkan kaki lagi di pulau pangkor ni. Tapi cuti tahun lepas tetiba pula ayah kata nak bawa, so kite on jee weyyyhh.

 Baiklah, sebelum kita pergi ke topik yang lebih mendalam, (*ayat common yang digunakan oleh cik ain bila presentation kt kelas) kita usha usha dulu apakah itu Perjanjian Pangkor okey. (Belajar sejarah pulak).  Secara umumnya, Perjanjian Pangkor adalah satu perjanjian di tandatanganipada 20 Januari 1874 antara Gabenor Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah. ok dah cukup stakat tu, kalau nak tau lebih lanjut sila rujuk kat mr.google yee.

Sambung cerita

                                                                 sebahagian daripada pulau pangkor

Kat sini la tempat kitorang snorkling. Banyak juga la ikan yang cantik cantik. tapi sayangnya bila dia nampak aku dia lari terus. nak pegang pun tak sempat. Masa nak sampai kat pulau ni punya la seram adik aku naik boat, terketaq-ketaq dia sebab beach boy tu bawak lelaju. haha

                                                                         van pink panther

Sebelum tu, lupa pulak nak cerita yang bila sampai kat jetty pulau pangkor tu, kita kena sewa van ni. nanti uncle van tu akan bawak kita pergi tempat yang septutnya. Nama sebenar van ni aku pun tak pasti apa, main hentam je van pink panther sebab warna dia pink. kalau kat sabah banyak van warna biru, mungkinkah boleh dipanggil van doraemon?? erk! marah pulak orang Sabah ni kalau baca


                                                          Bot pisang. Nama saintifik : banana boat

Tipu lah aku cakap kalau korang tak enjoy naik banana bot ni. haaaa sangat seronok tahap apa tak tau nak habaq. Sesiapa yang tak pernah naik banana bot tu, aku sarankan korang cepat2 pie naik sebelum monyet datang. Btw, at the end beach boy tu akan jatuhkan korang secara mengejut dalam laut. Aci tak kalau aku cakap yang aku terkena corals? sakit yaw :'( . berdebah punya brader

ok lah, sampai tu saja nak cerita. sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi dah penat sangat da ni. nak tido pulak. esok skolah. babai

Eh kejappp, gambar kita takde tau dalam ni. tak boleh nak share sebab sopan sangat, karang kalau mak ipar aku tengok guanne?

Assalamualaikum



Tuesday 2 September 2014

Welcome Blog Freshers!!

Assalamualaikum 



 Hai ! Ain Hasana tu  yang kecik kecik tu kan? Dia umur berapa? UPSR berapa A? << hello, disebabkan oleh semua soalan tu, aku hampir terlupa yang sebenarnya aku ni dah tua tapi perasan awet muda okeh! (hahahahah)  . ini  adalah antara soalan yang dah masuk kali ni dah  berguni dah aku jawab dan kemungkinan ia takkan habis ditanya sehingga kedai 7e tutup.

 Baiklah, disebabkan ramai lagi yang tak mengenali diri ini dan kerana inilah juga firt entry,  so kali ni nak habaq sikit pasai diri aku yang sangat kerdil, kecil, tiny, small, petite dan cute (perasan)  berbanding makhluk Allah yang lain kat luaq sana nu. Tapi kecil kecil pun bermakna tau untuk masyarakat, bukan nak perasan sangat, hmmm tapi lebih kurang macam tu jugak la. Tapi ayah kite (saya) selalu pesan, kalau badan besar pun tak guna kalau otak tarak pakai. * sob sob, terubat sikit hati kecil ni.

Berbalik kepada topik asal (cewah macam pensyarah gituuu), Nama diberi Ain Hasana Binti Abdul Rani, tapi kalau orang lain nak panggil apa pun tak kesah seperti contoh : Ain, hasana, nana, datin, makcik, kecik, ayam percik, eh?! hahaha terlebih pulak. Umur 19 tahun (*JANGAN TANYA DAH PASNI)  tapi perasan macam 18 sejak berkawan dengan classmate yang rata-ratanya semua 18 (kesian, sebab aku sorang paling tua). Lahir di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak, and my childhood story is at Kuala Lipis Pahang untill now (feeling masih childhood). Sekarang belajar kat IPG Kampus Kent which located at Tuaran , Sabah with option Pendidikan Agama Islam,. Cita-cita nak jadi dentist tapi memang kalau nak jadi dentist kena masuk IPG eh??? (huhu paham paham sendiri naaa, deep tu). Btw, aku sangat berbangga kerana terpilih untuk memjadi seorang pendidik sebab guru itu sangat besar ganjarannya di sisi Allah dan jasanya sangat besar kepada masyarakat. Kita juga selalu dengar kan yang jika hari seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika harini seorang presiden sebuah negara, jika hari ini seorang ulama yang mulia, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, jika hari ini semua orang menjadi dewasa, sejarahnya bermula dari guru biasa. (cewaahhh bemadah pujangga pula). hehe. okelah, setakat itu sahajalah nak cerita harini. kalau nak gossip lebih lagi, bole pm me laju-laju okeh?

                                                                    Cik Ain Hasana