AmazingCounters.com

Tuesday 2 September 2014

Welcome Blog Freshers!!

Assalamualaikum 



 Hai ! Ain Hasana tu  yang kecik kecik tu kan? Dia umur berapa? UPSR berapa A? << hello, disebabkan oleh semua soalan tu, aku hampir terlupa yang sebenarnya aku ni dah tua tapi perasan awet muda okeh! (hahahahah)  . ini  adalah antara soalan yang dah masuk kali ni dah  berguni dah aku jawab dan kemungkinan ia takkan habis ditanya sehingga kedai 7e tutup.

 Baiklah, disebabkan ramai lagi yang tak mengenali diri ini dan kerana inilah juga firt entry,  so kali ni nak habaq sikit pasai diri aku yang sangat kerdil, kecil, tiny, small, petite dan cute (perasan)  berbanding makhluk Allah yang lain kat luaq sana nu. Tapi kecil kecil pun bermakna tau untuk masyarakat, bukan nak perasan sangat, hmmm tapi lebih kurang macam tu jugak la. Tapi ayah kite (saya) selalu pesan, kalau badan besar pun tak guna kalau otak tarak pakai. * sob sob, terubat sikit hati kecil ni.

Berbalik kepada topik asal (cewah macam pensyarah gituuu), Nama diberi Ain Hasana Binti Abdul Rani, tapi kalau orang lain nak panggil apa pun tak kesah seperti contoh : Ain, hasana, nana, datin, makcik, kecik, ayam percik, eh?! hahaha terlebih pulak. Umur 19 tahun (*JANGAN TANYA DAH PASNI)  tapi perasan macam 18 sejak berkawan dengan classmate yang rata-ratanya semua 18 (kesian, sebab aku sorang paling tua). Lahir di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak, and my childhood story is at Kuala Lipis Pahang untill now (feeling masih childhood). Sekarang belajar kat IPG Kampus Kent which located at Tuaran , Sabah with option Pendidikan Agama Islam,. Cita-cita nak jadi dentist tapi memang kalau nak jadi dentist kena masuk IPG eh??? (huhu paham paham sendiri naaa, deep tu). Btw, aku sangat berbangga kerana terpilih untuk memjadi seorang pendidik sebab guru itu sangat besar ganjarannya di sisi Allah dan jasanya sangat besar kepada masyarakat. Kita juga selalu dengar kan yang jika hari seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika harini seorang presiden sebuah negara, jika hari ini seorang ulama yang mulia, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, jika hari ini semua orang menjadi dewasa, sejarahnya bermula dari guru biasa. (cewaahhh bemadah pujangga pula). hehe. okelah, setakat itu sahajalah nak cerita harini. kalau nak gossip lebih lagi, bole pm me laju-laju okeh?

                                                                    Cik Ain Hasana 

No comments:

Post a Comment