AmazingCounters.com

Tuesday 23 September 2014

Trip to Pulau Pangkor

Assalamualaikum . 

Hai hai hai. Pulau Pangkor tu cantik ke? kat mane? Ko penah pegi?  Secara jujurnya, aku sebagai anak jati negeri Perak darul Ridzuan ni memang tak pernah menjejakkan kaki lagi di pulau pangkor ni. Tapi cuti tahun lepas tetiba pula ayah kata nak bawa, so kite on jee weyyyhh.

 Baiklah, sebelum kita pergi ke topik yang lebih mendalam, (*ayat common yang digunakan oleh cik ain bila presentation kt kelas) kita usha usha dulu apakah itu Perjanjian Pangkor okey. (Belajar sejarah pulak).  Secara umumnya, Perjanjian Pangkor adalah satu perjanjian di tandatanganipada 20 Januari 1874 antara Gabenor Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah. ok dah cukup stakat tu, kalau nak tau lebih lanjut sila rujuk kat mr.google yee.

Sambung cerita

                                                                 sebahagian daripada pulau pangkor

Kat sini la tempat kitorang snorkling. Banyak juga la ikan yang cantik cantik. tapi sayangnya bila dia nampak aku dia lari terus. nak pegang pun tak sempat. Masa nak sampai kat pulau ni punya la seram adik aku naik boat, terketaq-ketaq dia sebab beach boy tu bawak lelaju. haha

                                                                         van pink panther

Sebelum tu, lupa pulak nak cerita yang bila sampai kat jetty pulau pangkor tu, kita kena sewa van ni. nanti uncle van tu akan bawak kita pergi tempat yang septutnya. Nama sebenar van ni aku pun tak pasti apa, main hentam je van pink panther sebab warna dia pink. kalau kat sabah banyak van warna biru, mungkinkah boleh dipanggil van doraemon?? erk! marah pulak orang Sabah ni kalau baca


                                                          Bot pisang. Nama saintifik : banana boat

Tipu lah aku cakap kalau korang tak enjoy naik banana bot ni. haaaa sangat seronok tahap apa tak tau nak habaq. Sesiapa yang tak pernah naik banana bot tu, aku sarankan korang cepat2 pie naik sebelum monyet datang. Btw, at the end beach boy tu akan jatuhkan korang secara mengejut dalam laut. Aci tak kalau aku cakap yang aku terkena corals? sakit yaw :'( . berdebah punya brader

ok lah, sampai tu saja nak cerita. sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi dah penat sangat da ni. nak tido pulak. esok skolah. babai

Eh kejappp, gambar kita takde tau dalam ni. tak boleh nak share sebab sopan sangat, karang kalau mak ipar aku tengok guanne?

Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment